Surah Al-Ala, Verse 1:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى
Sucikanlah nama Robbmu Yang Maha Tinggi,
Terdapat 980 nama Asma Robb (root) dalam Al Quran pada 871 Ayat,
Adakah kita mensucikan, mengagungkan, meninggikan, memuliakan, mentauhidkan nama-nama Allah ketika menyebutnya didalam rutin harian kita ketika menggunakan bahasa selain bahasa Arab????

Mayat

Surah Az-Zumar, Verse 30:
إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُم مَّيِّتُونَ

Sesungguhnya kamu mayat dan sesungguhnya mereka juga mayat.

Baiah

Hadits: “Man khola’a yadaa min tho’ati laqiyallohu yaumal qiyaamati laa hujjata lahuu waman maa ta walaisa fii ‘unuqihi bai’atun maata miitatun jaahiliyyata”

Artinya: “Barang siapa yang melepaskan tangan dari keta’atan, ia akan bertemu dengan Allah pada hari kiamat tidak mempunyai hujjah, dan siapa yang mati yang tidak ada pada pundaknya bai’at (menentang bai’at yang sah) maka ia mati seperti yang mati di zaman jahiliyah.”

Tiada ILAH melainkan ALLAH

ALLAH berfirman dalam hadis Qudsi;

ALLAH telah memberi wahyu kepada Musa a.s, Nabi Bani Israel bahawa; “Barangsiapa bertemu dengan AKU, padahal dia engkar kepada AHMAD, nescaya AKU masukkan dirinya ke dalam neraka”

Musa a.s berkata; “Siapakah AHMAD itu wahai ROBB-ku?”

ALLAH berfirman; “Tidak pernah AKU ciptakan satu ciptaan yang lebih Mulia menurut pandangan-KU daripadanya. Telah KU tuliskan namanya bersama nama-KU di ‘Arasy sebelum AKU ciptakan tujuh lapis langit dan bumi. Sesungguhnya syurga itu terlarang bagi semua makhluk-KU, sebelum dia dan ummatnya terlebih dahulu memasukinya”

Musa a.s berkata; “Siapakah ummatnya itu?”

Firman-Nya; “Mereka yang banyak memuji ALLAH. Mereka memuji ALLAH sambil (nafas) naik sambil (nafas) turun dan pada setiap keadaan. Mereka mengikat pinggang (menutup aurat) dan berwudhu’ membersihkan anggota badan. Mereka berpuasa di siang hari bersepi diri dan berzikir sepanjang malam. AKU terima amal yang dikerjakan dengan ikhlas meskipun hanya sedikit. Akan KU masukkan mereka ke dalam syurga kerana kesaksian-nya; “tiada ILAH melainkan ALLAH”

Musa berkata; “Jadikanlah saya Nabi ummat itu?”

Allah berfirman; “Nabi ummat itu dari mereka sendiri”

Musa berkata lagi; “Masukkanlah aku ke dalam golongan ummat Nabi itu?”

ALLAH menerangkan; “Engkau lahir mendahului Nabi dan ummat itu, sedang dia lahir kemudian. AKU berjanji kepadamu untuk mengumpulkan engkau bersamanya di Daarul-Jannah.”

Syahadah membuang Syirik

LA ILAHA ILALLAH IlmuNya akan menghapus segala Syirik dalam Qalbu dan Solat, dan proses inilah yang membawa anda kepada SOLAT KHUSYU, Mensyirikan ALLAH dalam SOLAT adalah membawa segala ingatan Dunia, Harta, Manusia, Raja, Menteri, Ketua dan Duit kedalam Qalbu di hadapan ALLAH dan Memandang Makhluk dan berpaling dari ALLAH, apabila Mata ini Memandang kepada Makhluk dengan Mata Qalbu itulah Ibadat yang telah di Syirikan disisi ALLAH. Bahaya Ibadat serupa ini, itulah Ibadatnya si Syaitan Laknatullah di hadapan ALLAH selama 700,000 Tahun dan itulah Solatnya Syirik Setiap Ummat Islam di dunia ini bukan Solatnya Mukmin yang Khusyu dalam Solat seperti yang ALLAH Sifatkan dalam Surah 23, Ayat 1, Sungguh telah berjaya Orang Mukmin yang Khusyu dalam Solat mereka, Zikrullah adalah Engine kepada Qalbu untuk mencapai Keadaan Khusyu dalam Seluruh Solat. Tidakkah anda mahu merasai Solatul Khusyu dalam setiap Rakaat. Di Hari Kiamat jika ALLAH buang segala amalan SOLAT kita sepanjang Usia kita Bersolat kepada ALLAH, jangan sekali-kali salahkan ALLAH, kami telah sampaikan Amanah ALLAH.

Beratnya Laa Ilaha IllAllah

Beratnya La ilaha IlAllah –  Bukan kerana Ucapannya

Beratnya La ilaha ilAllah –  Bukan kerana Wiridnya
Beratnya La ilaha ilAllah  – Bukan  kerana mengulanginya TETAPI
Beratnya La ilaha IlAllah  – Adalah Kerana Syahadahnya dari Ilmu Lautan Syahadah.

Faalam Anahu La ilaha IlAllah Surah Muhammad Ayat 19,

…فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ

Maka ketahuilah (carilah, pelajarilah, fahamilah, amalkanlah), bahwa sesungguhnya La Ilaha IllAllah (tidak ada Ilah selain Allah)…

Kaum Munafikoon termasuk Umat Islam yang tidak menerima Ilmu Kalimah yang di sebut dalam Firman Allah di Surah 63 (Munafikoon) Ayat 1, tidak ada berat Syahadah mereka. (Tafakkur dari Ayat ini, adakah Syahadah Rasulullah kita benar. Jika tidak, kita termasuk golongan pendusta dan pendusta termasuk salah satu sifat orang munafik).

Haqiqat Syahadah

Betapa benarnya hakikat bahawa Syahadah Membuang Syirik dan hanya mereka yang ada Ilmu KALIMAH LA ILAHA ILALLAH yang Mengenal dan Memahami segala jenis Syirik yang di lakukan oleh setiap Muslim dalam semua gerak geri mereka , Selamatkanlah diri mu wahai Ummat Islam dari segala dosa-dosa Syirik terutama Syirik dalam ibadat [ Al khafi – Ayat 110].

Dirikan Syahadah

“Dan hendaklah kamu dirikan Syahadah (penyaksian) itu kerana Allah.” Dirikan Solat ( Waakimussolah..) kita semua tahu. Bagaimana nak dirikan Syahadah?