Muslim

Dari Abu Said Al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah Dari Abu Said Al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Tiada seorang muslim yang ditimpa musibah, keletihan, sakit, terganggu fikirannya, sedih, bimbang, kecemasan sehingga tercucuk dengan duri sekali pun melainkan diampuni akan dosa-dosanya. (HR Bukhari).

 

Kalimah Agung

LA ILAHA ILLALLAH adalah Kalimah Agung, Kalimah Mulia, Kalimah Istimewa, Kalimah Sempurna disisi Allah SWT , Kemuliaanya kerana Lautan Ilmu di sebaliknya, Kebesarannya kerana Ketinggian Hikmah di sebaliknya. KeAgungan Nya kerana Cahaya Agung Allah SWT. Ucaplah dan Saksikanlah Kalimah ini setiap saat.

Ucap Laa Ilaha IllAllah

Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Tidaklah seorang hamba yang mengucapkan La Ilaha IllAllah dengan Ikhlas, melainkan untuknya dibukakan pintu-pintu langit sehingga kalimah itu samopai ke Arsy Illahi, selama ia meninggalkan dosa-dosa besar” (Hr. Tirmidzi. Dikatakan hadis ini hasan gharib.)

SIRRUL ASRAR Fasal 7 : Zikir (As-Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani)

LA ILH ILLALLH MHMD RSUL ALLH

SIRRUL ASRAR

As-Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Fasal 7 : Zikir

>Zikir ‘nafs’ ialah zikir yang tidak terdengar, zikir tanpa huruf, tanpa suara, hanya didengar dengan indera dan gerakan dalam batin.

>Adapun zikir hati adalah mudawwamah (berterusan) hati didalam hati dengan Jalaliyah dan Jamaliyah.

>Hasil daripada zikir ruh adalah menyaksikan cahaya Tajalli Sifat.

> Adapun zikir sirri ialah mengintai terbukanya rahsia Ilahiyah.

> Adapun zikir khafi ialah terarah pada cahaya keindahan zat Yang Maha Tunggal di Maq’di Sidqin ‘Inda Malikin Muqtadir’

> Adapun zikir Akhfal Khafi ialah telah mampu melihat hakikat Haqqul Yaqin dan tidak ada satu pun yang dapat mengetahuinya, kecuali Allah s.w.t.
Firman Allah dalam surah Thaha ayat 7 “Allah mengetahui sirr dan akhfah”. Inilah ilmu yang tertinggi dan tujuan yang terakhir.

Pesan Imam Syafie

PESAN/PETUA IMAM SYAFIE UNTUK LELAKI

PESAN/PETUA IMAM SYAFIE UNTUK LELAKI

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Doa, zikir, itulah kekuatan seorang muslim yang mukmin dan ZIKIR NAFAS adalah Zikir yang Paling afdaal dan tertinggi.

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. Ilmu KALIMAH LA ILAHA ILALLAH ilmu yang paling tinggi Manfaat nya kerana IA adalah ILMU ALLAH.

LA ILAHA ILLALLAH

Sahabat Abu Hurairah radhiyallahu anhu berkata “Aku telah hafal dari Rasulillah dua macam ilmu, pertama ialah ilmu yang aku dianjurkan untuk menyebarluaskan kepada sekalian manusia yaitu Ilmu Syariat. Dan yang kedua ialah ilmu yang aku tidak diperintahkan untuk menyebarluaskan kepada manusia yaitu Ilmu yang seperti “Hai’atil Maknun”. Maka apabila ilmu ini aku sebarluaskan niscaya engkau sekalian memotong leherku (engkau menghalalkan darahku). (HR. Thabrani)

Rasulullah ﷺ menggambarkan Ilmu hakikat dan makrifat itu sebagai “Haiatul Maknun” artinya “Perhiasan yang sangat indah”.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu bahwa Rasulullah ﷺ bersabda : “Sesungguhnya sebagian ilmu itu ada yang diumpamakan seperti perhiasan yang indah dan selalu tersimpan yang tidak ada seorangpun mengetahui kecuali para Ulama Allah. Ketika mereka menerangkannya maka tidak ada yang mengingkari kecuali orang-orang yang biasa lupa (tidak berzikir kepada Allah)” (H.R. Abu Abdir Rahman As-Salamy)

Hadist di atas sangat jelas jadi tidak perlu diuraikan lagi, dengan demikian barulah kita sadar kenapa banyak orang yang tidak senang dengan Ilmu Thariqat, Hakikat dan Makrifat

Karena ilmu itu memang amat rahasia, Sahabat Nabi saja tidak diizinkan untuk disampaikan secara umum, karena ilmu itu harus diturunkan dan mendapat izin dari Nabi, dari Nabi izin itu diteruskan kepada Khalifah nya terus kepada para Aulia Allah sampai saat sekarang ini.

MASA di Padang Mahsyar

*PADANG MAHSYAR *

* 1 hari Akhirat.

= 1000 tahun Dunia.

* 1 jam di Akhirat

= 41.6666…. tahun Dunia.

* 3 jam di Akhirat

= 125 tahun Dunia.

* Umur kita 62.5 tahun Dunia.

= 1.5 JAM AKHIRAT.

* 1 tahun Akhirat.

= 365,000 tahun Dunia.

* 50,000 tahun di Padang Mahsyar.

= 18,250,000,000,000 tahun Dunia.

= 18.25 Billion tahun Dunia.

* 15,000 tahun di Titian Sirat.

= 5,475,000,000,000 tahun Dunia.

= 5.475 Billion tahun Dunia.

* Jumlah

= 18.25 B + 5.475 B

= 23,725,000,000,000 tahun Dunia.

= 23.725 Billion tahun Dunia.

* Pada umur 24 BILLION tahun DUNIA, barulah kaki kita dapat mencecah ke Pintu SYURGA.

* Adakah kita membawa “KUNCI Syurga” ???

* Apakah “KUNCI Syurga” ???

* Pelajarilah “KUNCI SYURGA”…

* Al-Quran 47:19.

* 24 ???

= 12 + 12

* 12

= LA ILH ILA ALLH

* 12

= MHMD RSUL ALLH

As-Saaffat, 9:35

Surah As-Saaffat, 9 35:
إِنَّهُمْ كَانُوا إِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ يَسْتَكْبِرُونَ

Sesungguhnya mereka dahulu apabila dikatakan kepada mereka: “Laa ilaaha illallah” (Tiada Ilah melainkan Allah) mereka menyombongkan diri,

Perbanyakkanlah Persaksian

Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Perbanyaklah persaksian atas ‘La Ilaha IllAllah’, sebelum terhalang antara kamu dan ia (yakni kematian dan sakit). (Abu Ya’l: Targhib)

Zikir yang paling Afdhal

Diriwayatkan dari Jabir Bin Abdullah R.A. bahwa ia mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Zikir yang paling afdhal adalah ‘La Ilaha IllAllah’ dan doa yang terbaik adalah Alhamdu Lillah.” (HR Thirmidzi).

Perbaharui Iman

Diriwayatkan dari Abu hurairah R.A. bahwa Rasulullah ﷺ bersabda, “Perbaharuilah iman kalian” beliau ditanya, “Ya Rasulullah, bagaimana kami memperbaharui iman kami” Beliau bersabda, “Perbanyaklah mengucapkan ‘La Ilaha IllAllah’.” (HR Ahmad dan Thabrani).

Iman yang terTinggi

Rukun Iman yang pertama ialah BerIman kepada Allah. BerImanlah kepada Allah dengan Iman yang paling Tinggi iaitu dengan Kalimah La Ilaha IlAllah seperti hadis berikut:

Diriwayatkan Dari Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

“Iman itu memiliki 70 cabang lebih dan yang paling tinggi adalah kalimah “Laa Ilaha IllAllah” (Tiada ILAH selain ALLAH), dan yang paling rendah adalah membuang duri dari jalan, dan malu adalah salah satu cabang iman”

(Hr, Muslim).

Laa Ilaha IllAllahu Muhammadur Rasulullah

Surah Muhammad, Ayat 19:

…فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ

Maka ketahuilah (berilmulah dengan mencari, mempelajari, memahami, menyaksi dan mengamalkannya ILMU LA ILAHA ILLALAH), bahwa sesungguhnya La Ilaha IllAllah (tiada ILAH selain ALLAH)…