*﷽*
Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan : “Aku pernah menjahit baju di bilikku , tiba² lampu terpadam , bilik menjadi gelap dan jarum terjatuh . Ketika aku cuba meraba raba mencari jarum itu , tiba² Rasulullah SAW datang kepadaku dari pintu bilik .
_Baginda mengangkat lampu dan wajahnya . Demi Allah yang tiada Ilah selainnya , sesungguhnya telah terang setiap penjuru bilik dengan cahaya wajah Baginda sehinggalah aku dapat menjumpai kembali jarumku , kerana nur yang memancar_ .
_Kemudian aku menghadap kepadanya , lalu aku berkata_ :
“ *Engkau lebih mulia daripada ayah dan ibuku wahai Rasulullah . Sungguh terang cahaya wajahmu* ”
_Rasulullah SAW bersabda : “_ *Wahai Aisyah , rugi besar kepada sesiapa yang tidak dapat melihatku pada hari Kiamat* ”
_Aku bertanya_ : “ *Siapakah yang tidak boleh melihat engkau pada hari Kiamat wahai Rasulullah ?* ”
_Baginda menjawab kali kedua dengan jawapan yang sama :_ “ *Rugi besar kepada sesiapa yang tidak dapat melihatku pada hari Kiamat* ”
_Aku bertanya lagi :_ “ *Siapakah yang tidak boleh melihat engkau pada hari Kiamat wahai Rasulullah ?* ”
_Lalu Baginda menjawab : “_ *Mereka yang ketika namaku disebut di sisi mereka , dia tidak berselawat ke atasku* ”
(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)
*اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد* 🌺
You must log in to post a comment.